PANDUAN TEMPAHAN / PEMBELIAN

INFO PENTING SEBELUM MEMBUAT SEBARANG URUSNIAGA

Terdapat dua jenis kategori tempahan / pembelian yang kami tawarkan, iaitu tempahan PRE ORDER dan READY STOCK .

PRODUK / BARANG READY STOCK

( a ) CARA TEMPAHAN / PEMBELIAN READY STOCK

Hanya terdapat SATU kaedah bayaran :

PAY IN FULL – Pelanggan boleh membuat belian tanpa had jenis produk / barangan dalam satu pembelian.

( b ) WAKTU PEMPROSESAN TEMPAHAN

Tempahan akan diproses dalam masa 1-2 hari selepas tempahan dan pembayaran penuh dibuat. Proses penghantaran akan mengambil masa 2-5 hari bagi penghantaran ke kawasan di dalam negeri Sabah dengan menggunakan perkhidmatan poslaju. Jangkaan tempahan sampai ke tangan anda ialah 2-7 hari bekerja dari tarikh tempahan.

PRODUK / BARANG PRE ORDER

( a ) CARA TEMPAHAN / PEMBELIAN PRE ORDER

Terdapat DUA kaedah pembayaran :

i. PAY IN FULL – Pelanggan boleh membuat belian tanpa had jenis produk / barangan.
ii. PAY DEPOSIT (KEMUDAHAN DEPOSIT) – Pelanggan hanya boleh membeli 1 jenis produk / barangan setiap kali membuat tempahan / pembelian.

 

( b ) WAKTU / MASA TEMPAHAN

i. Tarikh tutup tempahan ialah pada 30@31hb, 8hb, 16hb dan 25hb SETIAP BULAN.
ii. Tempahan secara Pre order hanya diproses sebanyak 4 kali Dalam sebulan iaitu pada 1 hb, 9hb , 17hb dan 26hb pada setiap bulan.
contoh (1) sekiranya pelanggan membuat tempahan pada 2hb , tempahan akan di proses pada 9hb .
Contoh (2) sekiranya pelanggan membuat tempahan pada 10hb , tempahan akan diproses pada tarikh pemperosesan tempahan berikutnya iaitu pada 17hb
Contoh (3) sekiranya pelanggan membuat tempahan 18hb , tempahan akan diproses pada 26hb.
Contoh (4) sekiranya pelanggan membuat tempahan pada 27hb , temaphan akan diproses pada 1hb pada bulan berikutnya.

( c ) TEMPOH PEMPROSESAN

i. Diproses pada setiap 1hb , 9hb, 17hb & 26hb setiap bulan), ianya mengambil masa 22-38 hari untuk barang tersebut sampai ke premis kami ( bergantung kepada shipment dan custom clearance ) . Setelah barang tersebut sampai kepada kami barulah barangan tersebut diproses untuk penghantaran kepada pelanggan. Pada kelazimannya ianya mengambil masa 2-7 hari untuk sampai kepada pelangan . Pelanggan juga boleh memilih untuk mengambil sendiri barangan tersebut di premis kami .

( d ) PEMBATALAN TEMPAHAN

Pembatalan tempahan boleh dibuat jika menepati syarat di bawah :
1. Barangan tempahan bukan dalam proses penghantaran (shipment) dari luar negara.
2. Sebelum kami memperoses tempahan anda . Kami memperoses tempahan pre-order sebanyak 3 kali dalam sebulan iaitu ( 1hb , 9hb, 17hb dan 26hb setiap bulan).

JAMINAN PULANGAN WANG

Pihak kami akan memulangkan kesemua wang anda sekiranya
barang tempahan pre order anda tidak sampai ke tangan anda selepas 48 hari dari tarikh proses tempahan.